English Malay
Pengetahuan
Syarat Kelayakan Pinjaman Perumahan Sektor Awam LPPSA.
Ramai kakitangan kerajaan belum tahu tentang kemudahan pinjaman perumahan LPPSA atau berasa sukar menepati kelayakan.
Manfaat LPPSA
Pembiayaan Sehingga 100%: Membolehkan penjawat awam memiliki rumah tanpa bayaran pendahuluan.
Kadar Faedah Rendah: Kadar tetap serendah 4% setahun.
Potongan cukai: Potongan cukai atas faedah pinjaman.
Pinjaman Tambahan: Untuk pengubahsuaian rumah atau membeli aset berharga.
Jenis – Jenis Pembiayaan Perumahan LPPSA.
Jenis 1
Membeli rumah/ petak rumah kediaman yang telah siap.
-Pinjaman untuk membeli rumah sedia ada yang telah siap dibina.
Jenis 2
Membina rumah di atas tanah sendiri.
– Pembiayaan untuk membina rumah diatas tanah yang sudah dimiliki pemohon.
Jenis 3
Membeli rumah/petak rumah kediaman dalam pembinaan.
– Pinjaman untuk membeli rumah yang sedang dalam proses pembinaan oleh pemaju.
Jenis 4
Membeli tanah dengan tujuan pembinaan rumah pada masa hadapan.
– Pembiayaan bagi pembelian tanah yang dirancang untuk pembinaan rumah pada masa hadapan.
Jenis 5
Menyelesaikan hutang pinjaman untuk melangsaikan hutang perumahan daripada bank/institusi kewangan.
– Pinjaman untuk melangsaikan baki hutang perumahan sedia ada dengan bank atau institusi kewangan lain.
Jenis 6
Membina rumah diatas tanah yang dibeli melalui pinjaman LPPSA.
-Pembiayaan khas untuk pembinaan rumah di atas tanah yang telah dibeli dengan bantuan pinjaman daripada LPPSA.
Jenis 7
Membuat Kerja ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman.
– Membuat kerja ubahsuai rumah atau petak rumah kediaman.
Tempoh pembiayaan bagi 2 skim perkhidmatan
Skim KWSP
35 tahun atau sehingga had umur 90 tahun.
Skim Pencen
35 tahun atau berdasarkan baki perkhidmatan.

Syarat permohonan LPPSA
Pemohon perlu mematuhi syarat – syarat permohonan pembiayaan LPPSA untuk memastikan kelayakan dan kelancaran proses permohonan. Berikut adalah syarat – syarat kelayakan pembiayaan LPPSA.